Saturday, 13 September 2014

Panglima Awang Merupakan Orang Melayu Pertama yang Mengelilingi Dunia.


Seorang Pensyarah di Universiti Harvard, Cambridge di Masschusets Dr. Joyce Chaplin dalam buku tulisannya bertajuk “Menjelajah Bumi : Penjelajahan dari Magellan Hingga Ke Orbit” diterbitkan tahun lalu mengatakan orang pertama yang mengelilingi dunia ialah seorang pemuda Melayu dan Islam.

Buku itu diterbitkan oleh penerbit buku Simon & Schuster.





Dr Joyce berkata, pengembara itu hanya dikenali dengan nama Enrique de Malaca yang diperolehi oleh pengembara terkenal Ferdinand Magellan ketika perang di negeri Melaka.

Menurut beliau dalam tempoh 250 tahun pertama manusia mengelilingi bumi, sebanyak 90 peratus gagal dengan kebanyakan daripada mereka mati ketika dalam pengembaraan.

Ketika itu bumi terbukti terlalu luas untuk dikelilingi dengan mudah. Pelbagai cabaran wujud dalam pengembaraan dan cabaran paling besar ialah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

Menurut Dr Joyce, Enrique atau nama Melayunya Panglima Awang digunakan oleh Magellan sebagai penterjemah dan pemandu di beberapa wilayah di Asia.

“Enrique de Malacca, nama yang diberikan tuannya Ferdinand Magellan ini, dikenal di kawasan Nusantara masa itu sebagai Panglima Awang, yang disebut-sebut berasal dari Sumatera atau Melaka,”

“Enrique menyertai Magellan dalam semua penjelajahannya, termasuk pelayaran dari tahun 1519 hingga 1521 yang dibiayai Raja Spanyol, untuk mencari rempah ratus,” katanya.

Magellan meninggalkan Sepanyol dengan armada lima kapal bersama 270 orang kelasi tetapi hanya satu kapal dengan 35 orang pelaut berjaya kembali ke Sepanyol. Magellan pula telah pun terbunuh di Filipina.

Bagaimanapun, Enrique atau Panglima Awang pula berjaya sampai semula ke Melakasekaligus melengkapkan pusingannya mengelilingi dunia.

Dr Joyce mengarang buku itu dengan ilham dari novel tulisan Jules Gabriel bertajuk“Mengelilingi Dunia Dalam Masa 80 hari” yang diterbitkan pada 1873 dan kini telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa.

Dr Joyce pernah mengajar di lima buah universiti di dua benua dan sebuah pulau serta menyertai sebuah program kajian maritim di Lautan Atlantik.

Sumber rujukan : voaindoesia.com dan http://kedahkekl.blogspot.com/


Monday, 8 September 2014

Dasar Pembangunan Sosial - Pengajian Malaysia - DUB 1012


Pelan Integriti Nasional
Pengenalan


Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.

Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau kerenah birokrasi, serta disiplindan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.

Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistic dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.

Pelan Integriti Nasional ini telah dilancar kan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.


Falsafah Pelan Integriti Nasional


Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.


Konsep Pelan Integriti Nasional


Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sector dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sector tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integrity seluruh masyarakat dan negara.



Objektif Umum Pelan Integriti Nasional


Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.



Objektif Kajian

Di dalam objektif kajian ini, pengkaji ingin melihat sejauh mana faktor-faktor yang terlibat dapat mempengaruhi keberkesanan penggunaan Pelan Integriti Nasional terhadap masyarakat kita. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :

1. Mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh Pelan Integriti Nasional
2. Mengetahui intipati falsafah Pelan Integriti Nasional dalam pembangunan sosial Negara.
3. Mengenalpasti konsep dan objektif Pelan Integriti Nasional dalam pembangunan sosial Negara.



Langkah - langkah yang diambil oleh kerajaan dalam Pelan Integriti Nasional.


Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara. Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasadiperkukuhkan dan menjadi am alan berterusan. Ke arah ini, Kerajaan telah memperkenal danmelancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni danintegriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, usaha yang lebihterfokus dilaksanakan sejak tahuntahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep'Sersih, Cekap dan Amanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod EtikaKerja', 'Piaggam Pelanggan' dan 'ISO 9000'.



Falsafah Pelan Integriti Nasional dalam pembangunan sosial Negara.


Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsat pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.


Konsep Pelan Integriti Malaysia dalam Pembangunan Sosial Negara

>merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan
padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini
menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat
serta institusinya.